Skip to main content

Unit Perolehan (FAQ)

Di mana iklan Tender / Sebut Harga UTHM boleh diperolehi ?

Sebarang iklan bagi Tender / Sebut Harga UTHM akan dimuat naik dalam Portal UTHM di Iklan dan Keputusan Perolehan UTHM.

Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menyertai Tender / Sebut Harga UTHM ?

Pihak syarikat perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia atau CIDB di dalam kod bidang berdaftar yang berkaitan serta masih berkuatkuasa ketika ingin menyertai.

Bagaimanakah cara untuk menjadi pembekal yang berdaftar di UTHM?

Pembekal boleh memuat turun Borang Pendaftaran Syarikat dengan melayari laman web Pejabat Bendahari di http://pb.uthm.edu.my/vts_v5/tawaran.php

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat tawaran sebutharga atau tender yang dikeluarkan oleh UTHM?

Pembekal boleh mendapatkan maklumat tersebut di Laman Web UTHM di ruangan e-Procurement atau di Papan Kenyataan Pejabat Bendahari.

Berapa lamakah tempoh masa yang diambil dalam memproses pesanan rasmi?

Proses Pesanan Rasmi akan dikeluarkan dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima permintaan pesanan bersama-sama dokumen sokongan yang lengkap.