Unit Pembayaran Tuntutan & Pendahuluan FAQ
KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN BAGI PEGAWAI-PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA BERTUKAR/BERPINDAH RUMAH
Pegawai yang diarahkan bertukar ke luar stesen layak menuntut Elaun Pertukaran yang terdiri daripada :
- Tambang perjalanan
- Tambang pengangkutan barang
- Tambang mengangkut kenderaan jika bertukar yang tidak boleh dihubungi dengan cara berkereta
- Pemberian Pindah
- Elaun Gantian Makan
- Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing
- Belanja Pelbagai
Jarak stesen hendaklah menggunakan radius (lingkungan kawasan) yang boleh ditentukan melalui aplikasi Google Maps dari pejabat lama ke pejabat baru.
Bilangan kenderaan yang boleh dituntut ke tempat pegawai bertukar sama ada ianya boleh dihubungi secara berkereta atau sebaliknya adalah terhad kepada sebuah kenderaan milik pegawai sahaja.
KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM SEMASA BERTUGAS RASMI (TIDAK TERMASUK TENTERA DAN POLIS)
Tidak. Tugas yang melibatkan badan sosial/sukarela/sukan/aktiviti sosial, aktiviti keagamaan dan sebagainya seperti tidak boleh dianggap sebagai tugas rasmi bagi maksud kelayakan membuat tuntutan eluan bertugas rasmi.
ELAUN MAKAN
Ya. Pegawai layak menuntut Elaun Makan walaupun kemudahan makan disediakan dalam penerbangan kerana kemudahan makan di dalam penerbangan dan Elaun Makan di bawah PP WP1.4 adalah 2 kemudahan berbeza. Kemudahan makan di dalam penerbangan merupakan complimentary yang dibenarkan kerana pegawai menggunakan perkhidmatan tersebut dan disediakan oleh syarikat penerbangan bersekali dengan tiket kapal terbang, manakala Elaun Makan di bawah pekeliling perbendaharaan diberikan kerana pegawai menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabat.
Ya. Pegawai yang bertugas rasmi semasa bulan Ramadhan layak menuntut Elaun Makan/Elaun Harian seperti bulan-bulan lain tertakluk mematuhi syarat yang ditetapkan.
ELAUN HARIAN
Tidak. Pengiraan tuntutan bahagian makan yang tidak disediakan sebagai contoh 20% bagi sarapan pagi dan sebagainya tidak terpakai bagi Elaun Harian dan hanya terpakai bagi Elaun Makan sahaja.
Ya. Pegawai yang bertugas rasmi semasa bulan Ramadhan layak menuntut Elaun Makan/Elaun Harian seperti bulan-bulan lain tertakluk mematuhi syarat yang ditetapkan.
BAYARAN SEWA HOTEL/ELAUN LOJING
Lojing bermaksud tempat menginap pegawai selain hotel atau rumah dan dibayar sekiranya pegawai menginap di rumah kawan, saudara mara dan lain-lain. Lojing bagi maksud pekeliling perbendaharaan adalah tempat menginap di dalam bangunan yang mempunyai kemudahan asas tempat tidur dan tandas seperti rumah kediaman. Masjid/surau/kenderaan/tempat persinggahan dan lain-lain yang seumpanyan tidak termasuk istilah lojing.
Ya, pegawai layak menuntut Elaun Lojing sekiranya menginap di rumah milik pegawai semasa bertugas rasmi di luar Ibu Pejabat tertakluk kepada syarat rumah tersebut bukanlah rumah yang didiami oleh pegawai pada hari bekerja biasa.
Ya, resit tempahan hotel dari laman web seperti Trivago, Agoda.com, booking.com dan sebagainya boleh digunakan dalam tuntutan Bayaran Sewa Hotel. Resit dalam konteks tuntutan ini adalah merujuk kepada dokumen yang mengesahkan bayaran telah dilaksanakan bagi tujuan penginapan tersebut.
Tidak. Pegawai tidak boleh menuntut caj late check out sekiranya check out melebihi waktu yang dibenarkan disebabkan urusan tugas rasmi selesai selepas tempoh penginapan yang dibenarkan.
Ya. Pegawai yang bertugas rasmi di luar Ibu Pejabat boleh dibayar Bayaran Sewa Hotel bagi hari minggu (hari tidak bertugas) sekiranya tarikh bertugas bagi hari seterusnya melangkaui hari minggu.
ELAUN PERJALANAN KENDERAAN
Secara prinsipnya, perjalanan bagi bertugas rasmi adalah bermula dari pejabat ke tempat bertugas rasmi. Namun sekiranya perjalanan perlu dibuat sebelum waktu bekerja untuk ke tempat bertugas rasmi, perjalanan dari rumah boleh dilaksanakan dengan mengambil kira perjalanan terdekat bagi tujuan penjimatan kos.
Prinsip jarak terdekat bagi tujuan penjimatan adalah terpakai dalam apa jua keadaan selagi mana munasabah.
Pengiraan tuntutan perjalanan berdasarkan prinsip jarak terdekat adalah selaras dengan syarat am di Perenggan 19(a), Perintah Am Bab B Tahun 1974 yang menyatakan tentang perjalanan mengikut mana yang sehabis dekat dan murah dengan cara pengangkutan yang bersesuaian dengan kecekapan.
Tidak. Pegawai tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan dari rumah ke KLIA secara pergi balik bagi dua hala perjalanan sekiranya dihantar oleh pasangannya kerana perjalanan adalah dikira secara sehala iaitu perjalanan pergi ke KLIA dan perjalanan pulang dari KLIA.
Layak. Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan sekiranya diarahkan bertugas semasa bercuti di mana-mana kawasan dalam Malaysia. Peraturan berkaitan kelayakan tersebut adalah ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1972 yang dikawal selia oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
TAMBANG GANTIAN
Kadar Tambang Gantian yang dirujuk adalah kadar tambang standard (tanpa diskaun) kapal terbang/kereta api yang ditetapkan oleh syarikat yang ditetapkan oleh syarikat pemberi perkhidmatan kepada Kerajaan pada tarikh perjalanan dilaksanakan.
BELANJA PELBAGAI
Tidak. Kemudahan telefon adalah bagi bayaran perkhidmatan panggilan telefon sahaja dan tidak termasuk penggunaan kemudahan internet.
Tidak. Belanja dobi yang layak dituntut oleh pegawai yang menggunakan perkhidmatan dobi adalah dalam tempoh bertugas rasmi itu sahaja.
Ya. Pegawai yang bertugas di dalam atau di luar Ibu Pejabat adalah layak menuntut Belanja Pelbagai seperti bayaran letak kereta tertakluk mematuhi peraturan berkuatkuasa.
Jumlah tuntutan perjalanan tersebut adalah merujuk kepada komponen kemudahan bertugas di luar negeri iaitu Elaun Makan/Elaun Harian, Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing dan Tuntutan Pelbagai (Belanja Pelbagai)
Ya. Pegawai layak membuat tuntutan ganti rugi pertukaran mata wang asing sekiranya transaksi perbelanjaan dibuat menggunakan Ringgit Malaysia.
TAMBANG PERJALANAN LANTIKAN PERTAMA
Tambang Perjalanan yang layak dituntut oleh pegawai lantikan pertama mengikut kelayakan pegawai adalah seperti berikut :
- Tambang Pengangkutan Awam;
- Elaun Perjalanan Kenderaan; dan/atau
- Tiket kapal terbang
Bermula dari tempat kediaman ke mana-mana tempat yang diarahkan untuk melapor diri/berkursus/menghadiri taklimat dan sebagainya sehingga ke Pejabat diarahkan bertugas secara tetap.
Tambang perjalanan yang layak dituntut adalah sebelum melapor diri (perjalanan dari kediaman) dan semasa dalam perjalanan melapor diri hingga ke Pejabat akhir pegawai ditempatkan.
Tidak layak. Kelayakan tuntutan pegawai lantikan pertama adalah terhad kepada Tambang Perjalanan sahaja.
PENDAHULUAN DIRI/PENDAHULUAN AKTIVITI PELAJAR/PENDAHULUAN PELBAGAI
Pendahuluan diri bermaksud sesorang staf layak memohon pendahuluan bagi bayaran elaun sewa hotel dan elaun makan sahaja semasa menjalankan tugas rasmi, menghadiri kursus dan bertukar stesen mengikut kadar yang sedang berkuatkuasa.
Pendahuluan aktiviti pelajar bermaksud seseorang staf layak memohon pendahuluan tertakluk kepada garis panduan program/aktiviti pelajar.
Pendahuluan Pelbagai bermaksud seorang staf yang layak memohon pendahuluan bagi program/aktiviti rasmi universiti dan perbelanjaan berkenaan tidak boleh dibuat melalui panjar wang runcit.
Had minima permohonan Pendahuluan Diri adalah seperti berikut:
Bil |
Kumpulan Jawatan |
Amaun (RM) |
1 |
Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Profesional |
500.00 |
2 |
Kumpulan Pelaksana (Gred 17 hingga 40) |
300.00 |
3 |
Kumpulan Pelaksana (Gred 16 dan ke bawah) |
Tiada had |
Had maksima permohonan pendahuluan aktiviti pelajar dan pelbagai adalah seperti berikut:
Bil |
Kumpulan Jawatan |
Amaun (RM) |
1 |
Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Profesional |
Tiada Had |
2 |
Kumpulan Pelaksana (Gred 27 hingga 40) |
3,000.00 |
3 |
Kumpulan Pelaksana (Gred 16 dan ke bawah) |
Tidak dibenarkan |