Skip to main content

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Pengenalan EKSA

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang diperkenalkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sejak tahun 2014. EKSA diwujudkan untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih teratur, kondusif dan profesional dalam sektor awam.

Pejabat Bendahari UTHM turut melaksanakan EKSA sebagai salah satu usaha memperkukuh budaya kerja berkualiti dalam pengurusan kewangan universiti. Melalui amalan EKSA, Pejabat Bendahari beriltizam menyediakan persekitaran kerja yang kemas, selesa dan sistematik bagi menyokong pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan, berintegriti dan berakauntabiliti.

Pelaksanaan EKSA ini bukan sahaja menambah baik imej korporat Pejabat Bendahari, malah menyokong aspirasi UTHM ke arah menjadi universiti bertaraf dunia dengan sistem pengurusan kewangan yang mantap dan berkualiti.

Dasar EKSA UTHM

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia komited dalam mengamalkan budaya kerja produktif, inovatif dan kreatif serta persekitaran yang kondusif bagi memastikan sistem perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efisien melalui pelaksanaan EKSA yang berterusan.

Objektif EKSA UTHM

Carta Organisasi

Pelan Lantai

Aktiviti & Galeri

MAKLUMAN EKSA PEJABAT BENDAHARI

5 STAR RATING
⭐⭐⭐⭐⭐

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari telah menerima Penarafan 5 Bintang di dalam Program Gotong-royong Bersasar EKSA yang telah dilaksanakan pada 23 Januari 2024 (Selasa) yang lalu.

Laporan penarafan ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UTHM yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Naib Canselor pada 07 Februari 2024.

Sehubungan itu, pihak JK EKSA Pejabat Bendahari mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua warga kerja Pejabat Bendahari atas segala usaha & komitmen yg diberikan.

Sekian, terima kasih.

Penyelaras/JK EKSA Pejabat Bendahari UTHM