PIAGAM PELANGGAN
1
Memastikan semua pembayaran biasiswa kepada pelajar yang layak, dibuat dalam masa lima (5) hari bekerja selepas menerima bantuan kewangan dari penaja.
2
Memastikan semua bil yang telah lengkap dibayar dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh diterima oleh Pejabat Bendahari.
3
Memastikan semua tuntutan yang telah lengkap dibayar dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh diterima oleh Pejabat Bendahari.
4
Memastikan semua permohonan pendahuluan staf dan aktiviti pelajar diproses dan dibayar dalam masa tujuh (7) hari kepada yang layak.
5
Memastikan semua surat setuju terima dan pesanan tempatan dikeluarkan dalam masa tujuh (7) hari selepas diluluskan oleh Jawatankuasa yang berkaitan.
6
Memastikan gaji dikreditkan ke akaun staf mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara pada setiap bulan.
7
Memastikan laporan perbelanjaan mengurus dan pembangunan dihantar kepada Kementerian sebelum 10 haribulan berikutnya setiap bulan.
8
Melaksanakan verifikasi aset di setiap Pusat Tanggungjawab setiap dua(2) tahun sekali.
9
Memastikan penyata kewangan Universiti dihantar kepada Jabatan Audit Negara sebelum 30 April tahun berikutnya.
10
Memastikan stok di Stor Pusat sentiasa mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan.