Unit Hasil & Kawalan Kredit FAQ
Permohonan pengeluaran invois merujuk perkara di bawah:-
- Pihak tuan/puan boleh mengisi borang permohonan BEND/UHP/001 – Borang Permohonan Pengeluaran Inbois di laman web Pejabat Bendahari , UTHM berserta dokumen yang disenaraikan.
- Dokumen yang telah lengkap diisi, perlu dihantar ke Bahagian Kewangan Pusat Tanggungjawab untuk semakan serta pengesahan PTj.
- Seterusnya, PTj perlu menghantar permohonan yang telah lengkap ke Unit Hasil & Kawalan Kredit , Pejabat Bendahari untuk kelulusan.
Bayaran pelekat kenderaan dan dendaan kesalahan lalulintas boleh di buat melalui Portal E-Payment UTHM. Pihak tuan/puan juga boleh membuat bayaran-bayaran lain yang terdapat pada Portal E-Payment kami.
Pihak UTHM tidak menerima sebarang terimaan secara tunai seperti di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2025 Lampiran D : Garis Panduan Pengurusan Terimaan Kerajaan Secara Elektronik (Tanpa Tunai). Semua pembayaran boleh dibuat melalui pemindahan wang, E-Payment atau E-Debit / E-Post.
Semua pembayaran boleh di whatsapp kami di talian 07-4537814.
- Bagi pembayaran biasa : Pihak tuan/puan boleh membuat bayaran serta mengemukakan nama, tujuan dan bukti pembayaran
- Bagi pembayaran Invois : Pihak tuan/puan perlu meletakkan no invois di bahagian rujukan pembayaran sewaktu bayaran dibuat.
Pembayaran masih boleh dilakukan melalui pemindahan wang dan urusetia program boleh merujuk kepada UTHM Bitara untuk penyediaan google form bagi memudahkan urusan penyertaan dan pengeluaran resit rasmi universiti.
Pihak tuan/puan boleh whatsapp kami di talian 07-4537814.
Permohonan pengecualian cukai di Bawah Subseksyen 44 ( 6 ) ACP Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi program Universiti, pihak tuan/puan perlu:-
- Mengisi Lampiran A – Borang Kebenaran Mendapatkan Pengecualian Cukai yang di lampirkan di laman web Pejabat Bendahari , UTHM berserta dokumen yang disenaraikan.
- Dokumen yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Bahagian Kewangan Pusat Tanggungjawab untuk semakan serta pengesahan PTj.
- Dokumen yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Unit Hasil & Kawalan Kredit , Pejabat Bendahari untuk kelulusan.