UNIT CAWANGAN PAGOH
Our Team


Fungsi
Pembayaran Pembekal
- Menguruskan semua tuntutan pembayaran sehingga RM50,000 kepada pembekal luar bagi PTJ di Kampus Pagoh.
- Menguruskan proses rekupmen Panjar Wang Runcit bagi PTJ di Kampus Pagoh.
- Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja daripada dokumen diterima.
- Mencetak baucar bayaran untuk diserahkan ke Pejabat Bendahari Induk bagi tujuan pemfailan.
- Menyemak status pembayaran di sistem SAGA sekiranya terdapat pertanyaan atau permohonan dari pembekal.
- Memastikan urusan pembayaran tuntutan individu dibuat dalam tempoh 14 hari mengikut piagam pelanggan Pejabat Bendahari.
- Menyediakan laporan prestasi pembayaran setiap awal bulan berikutnya untuk dihantar ke Pejabat Bendahari.
- Mengemaskini laporan pembayaran utiliti bagi setiap awal bulan berikutnya untuk dihantar ke Pejabat Bendahari
Kewangan Pelajar
- Menguruskan pendaftaran pelajar Kampus Pagoh.
- Menguruskan kewangan pelajar Kampus Pagoh dan menguatkuasakan peraturan pembayaran yuran pengajian pelajar.
- Menyediakan surat-surat pengesahan berkaitan yuran pengajian pelajar.
- Menyemak dan mengesahkan status hutang pelajar sekiranya terdapat pertanyaan dari pelajar atau terdapat pelajar yang memohon untuk berhenti pengajian.
- Memberi khidmat nasihat bagi pelajar yang mengalami masalah berkaitan dengan pembayaran yuran.
Hasil
- Menguruskan proses pengeluaran bil-bil tuntutan terhadap penyewa-penyewa fasiliti di Kampus Pagoh.
- Membuat semakan dan tindakan susulan bagi penghutang sewaan di Kampus Pagoh.
Perolehan
- Menguruskan proses semakan bagi penjualan dokumen sebutharga PTJ Kampus Pagoh.
- Menguruskan proses semakan bagi dokumen pendaftaran pembekal sebelum dihantar ke Pejabat Bendahari Induk.
Pengurusan Akaun
- Menyediakan jernal manual bagi pelarasan atau kesilapan kod akaun.
Pembayaran Tuntutan Individu
- Menguruskan proses tuntutan bayaran saguhati / honorarium, penceramah jemputan & pensyarah sambilan.
- Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja daripada dokumen diterima.
- Mencetak baucar bayaran untuk diserahkan ke Pejabat Bendahari Induk bagi tujuan pemfailan.