UNIT CAWANGAN PAGOH
Our Team

Zuhaila Anida Binti Zainal Abidin
Ketua Bahagian


Fungsi
Pembayaran Pembekal
-
Menguruskan semua tuntutan pembayaran sehingga RM50,000 kepada pembekal luar bagi PTJ di Kampus Pagoh.
-
Menguruskan proses rekupmen Panjar Wang Runcit bagi PTJ di Kampus Pagoh.
-
Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja daripada dokumen diterima.
-
Mencetak baucar bayaran untuk diserahkan ke Pejabat Bendahari Induk bagi tujuan pemfailan.
-
Menyemak status pembayaran di sistem SAGA sekiranya terdapat pertanyaan atau permohonan dari pembekal.
-
Memastikan urusan pembayaran tuntutan individu dibuat dalam tempoh 14 hari mengikut piagam pelanggan Pejabat Bendahari.
-
Menyediakan laporan prestasi pembayaran setiap awal bulan berikutnya untuk dihantar ke Pejabat Bendahari.
-
Mengemaskini laporan pembayaran utiliti bagi setiap awal bulan berikutnya untuk dihantar ke Pejabat Bendahari
Kewangan Pelajar
-
Menguruskan pendaftaran pelajar Kampus Pagoh.
-
Menguruskan kewangan pelajar Kampus Pagoh dan menguatkuasakan peraturan pembayaran yuran pengajian pelajar.
-
Menyediakan surat-surat pengesahan berkaitan yuran pengajian pelajar.
-
Menyemak dan mengesahkan status hutang pelajar sekiranya terdapat pertanyaan dari pelajar atau terdapat pelajar yang memohon untuk berhenti pengajian.
-
Memberi khidmat nasihat bagi pelajar yang mengalami masalah berkaitan dengan pembayaran yuran.
Hasil
-
Menguruskan proses pengeluaran bil-bil tuntutan terhadap penyewa-penyewa fasiliti di Kampus Pagoh.
-
Membuat semakan dan tindakan susulan bagi penghutang sewaan di Kampus Pagoh.
Perolehan
-
Menguruskan proses semakan bagi penjualan dokumen sebutharga PTJ Kampus Pagoh.
-
Menguruskan proses semakan bagi dokumen pendaftaran pembekal sebelum dihantar ke Pejabat Bendahari Induk.
Pengurusan Akaun
-
Menyediakan jernal manual bagi pelarasan atau kesilapan kod akaun.
Pembayaran Tuntutan Individu
-
Menguruskan proses tuntutan bayaran saguhati / honorarium, penceramah jemputan & pensyarah sambilan.
-
Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja daripada dokumen diterima.
-
Mencetak baucar bayaran untuk diserahkan ke Pejabat Bendahari Induk bagi tujuan pemfailan.









