Skip to main content

UNIT CAWANGAN PAGOH


  • FUNGSI

  • 1. PEMBAYARAN PEMBEKAL
    i. Menguruskan semua tuntutan pembayaran sehingga RM50,000 kepada pembekal luar bagi PTJ di Kampus Pagoh.
    ii. Menguruskan proses rekupmen Panjar Wang Runcit bagi PTJ di Kampus Pagoh.
    iii. Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja daripada dokumen diterima.
    iv. Mencetak baucar bayaran untuk diserahkan ke Pejabat Bendahari Induk bagi tujuan pemfailan.
    v. Menyemak status pembayaran di sistem SAGA sekiranya terdapat pertanyaan atau permohonan dari pembekal.
    vi. Memastikan urusan pembayaran tuntutan individu dibuat dalam tempoh 14 hari mengikut piagam pelanggan Pejabat Bendahari.
    vii. Menyediakan laporan prestasi pembayaran setiap awal bulan berikutnya untuk dihantar ke Pejabat Bendahari.
    viii. Mengemaskini laporan pembayaran utiliti bagi setiap awal bulan berikutnya untuk dihantar ke Pejabat Bendahari.

    2. KEWANGAN PELAJAR
    i.Menguruskan pendaftaran pelajar Kampus Pagoh.
    ii.Menguruskan kewangan pelajar Kampus Pagoh dan menguatkuasakan peraturan pembayaran yuran pengajian pelajar.
    iii. Menyediakan surat-surat pengesahan berkaitan yuran pengajian pelajar.
    iv. Menyemak dan mengesahkan status hutang pelajar sekiranya terdapat pertanyaan dari pelajar atau terdapat pelajar yang memohon untuk berhenti pengajian.
    v. Memberi khidmat nasihat bagi pelajar yang mengalami masalah berkaitan dengan pembayaran yuran.

    3. HASIL
    i. Menguruskan proses pengeluaran bil-bil tuntutan terhadap penyewa-penyewa fasiliti di Kampus Pagoh.
    ii. Membuat semakan dan tindakan susulan bagi penghutang sewaan di Kampus Pagoh.

    4. PEROLEHAN
    i. Menguruskan proses semakan bagi penjualan dokumen sebutharga PTJ Kampus Pagoh.
    ii. Menguruskan proses semakan bagi dokumen pendaftaran pembekal sebelum dihantar ke Pejabat Bendahari Induk.

    5. PENGURUSAN AKAUN
    i. Menyediakan jernal manual bagi pelarasan atau kesilapan kod akaun.

    6. PEMBAYARAN TUNTUTAN INDIVIDU
    i. Menguruskan proses tuntutan bayaran saguhati / honorarium, penceramah jemputan & pensyarah sambilan.
    ii. Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja daripada dokumen diterima.
    iii. Mencetak baucar bayaran untuk diserahkan ke Pejabat Bendahari Induk bagi tujuan pemfailan.