HASIL
1. Mengurus dan menyelaras semua pembilan & kutipan hasil universiti melalui mod pembayaran secara fizikal (Tunai,Cek,Draf Bank,Wang Pos, Kiriman Wang) dan e-Pembayaran
(EFT -Elektronic Fund Transfer, Portal Universiti, Kad Debit, Kad Kredit) daripada penggunaan kemudahan dan sewaan.
2. Memantau dan mengendalikan kutipan dan lejar penghutang universiti.
3. Memantau deposit yang diterima dan
menguruskan pembayaran balik cagaran/deposit kepada pelanggan bag urusan sewaan premis dan utiliti.
4. Menguruskan penyerahan Panjar Wang Runcit kepada PTJ
5. Menyediakan laporan penghutang serta membuat tindakan susulan.
6. Menguruskan dan menjadi pengantara kepada pihak Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDNM)
bagi urusan yang berkaitan dengan Seyksen 44 (6) ACP 1967.
KAWALAN KREDIT
1. Melaksanakan penyelarasan dan pengendalikan kutipan hutang mengikut Kategori Penghutang.
i. Penghutang kursus, penghutang sewaan, penghutang pelbagai;
ii. Penghutang Gantirugi Cuti Belajar; dan
iii. Penghutang Pelajar Tidak Aktif.
2. Penyediaan surat peringatan kepada penghutang mengikut garis panduan yang sedang berkuatkuasa.
3. Mengawal selia Agen Kutipan Hutang
i. Penyelarasan tuntutan invois Agen Kutipan
Hutang dengan membuat semakan data kutipan agen dengan data bayaran hutang pelajar melalui Sistem Maklumat Pelajar dan SAGA.
ii. Membantu mendapatkan laporan bulanan daripada Agen Kutipan Hutang.
iii. Membantu proses lantikan Agen Kutipan Hutang.
4. Melaksanakan penyenggaraan kontrak sewaan di dalam universiti.
5. Pemantauan hutang melalui penyediaan laporan penghutang serta membuat tindakan susulan bagi:-
i. Penghutang kursus, penghutang sewaan, pelbagai;
ii.Penghutang Gantirugi Cuti Belajar;
iii.Laporan Akaun Belum Terima ke Kementerian setiap sukuan; dan
iv.Laporan prestasi kewangan untuk keperluan pengurusan dan agensi berkaitan.