UNIT GOVERNAN & PENGURUSAN STRATEGIK

-
FUNGSI
- DASAR
1.Memastikan polisi, dasar dan peraturan kewangan Universiti dikemaskini.
PENGURUSAN STRATEGIK
1. Membantu memantau pelaksanaan Pelan Strategik Universiti.
2. Membantu memantau pelaksanaan Pengurusan Kewangan yang efektif.
3. Merancang dan merangka pembangunan, penyenggaraan, pemantauan dan pentadbiran laman web Pejabat Bendahari.
PENGURUSAN TUNAI
1. Menyusun kaedah pelaburan dan mengenal pasti pulangan pelaburan yang dibuat memberikan pulangan yang memuaskan dan selamat.
2. Memantau dan menganalisis aliran tunai Universiti.
RISIKO
1. Membentuk polisi pengurusan risiko.
2. Mengkaji semula serta mengesyorkan strategi pengurusan risiko, dasar & toleransi risiko dan menilai kecukupan dasar pengurusan risiko bagi mengenalpasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko pada tahap yang munasabah.
3. Mewujudkan struktur dan pelan pengurusan risiko yang komprehensif serta memantau aktiviti berkaitan pengurusan risiko.
4. Menyediakan Laporan Profil Risiko dan tindakan mitigasi.
PELAPORAN
1. Menyediakan laporan-laporan kewangan yang diperlukan oleh pihak pengurusan Universiti,Kementerian atau lain-lain agensi secara bulanan / sukuan / berkala.
2. Menyemak dan menyelaraskan laporan laporan kewangan di peringkat unit / UA yang diperlukan oleh pihak Universiti, Kementerian atau lain-lain agensi.
JPKA
1. Menyediakan laporan JPKA untuk dikemukakan kepada KPT.
2. Menyediakan laporan JPKA serta menyelaras dokumen-dokumen untuk mesyuarat JPKA peringkat Universiti.
3. Menyelaras mesyuarat JPKA peringkat Universiti.
TUGAS-TUGAS KHAS
1. Menyelaras mesyuarat-mesyuarat lain secara bulanan / sukuan / berkala.
2. Menyelaras benchmarking ke agensi lain atau dari agensi lain ke Pejabat Bendahari UTHM.