PIAGAM PELANGGAN

PEJABAT BENDAHARI UTHM

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan secara profesional dalam melaksanakan dasar serta peraturan kewangan yang merangkumi fungsi-fungsi berikut :-

1

Memastikan semua pembayaran biasiswa kepada pelajar yang layak, dibuat dalam masa lima (5) hari bekerja selepas menerima bantuan kewangan dari penaja

2

Memastikan semua bil yang telah lengkap dibayar dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh diterima oleh Pejabat Bendahari

3

Memastikan semua tuntutan yang telah lengkap dibayar dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh diterima oleh Pejabat Bendahari

4

Memastikan semua permohonan pendahuluan staf dan aktiviti pelajar diproses dan dibayar dalam masa tujuh (7) hari kepada yang layak

5

Memastikan semua surat setuju terima dan pesanan tempatan dikeluarkan dalam masa tujuh (7) hari selepas diluluskan oleh Jawatankuasa yang berkaitan

6

Memastikan gaji dikreditkan ke akaun staf mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara pada setiap bulan

7

Memastikan laporan perbelanjaan mengurus dan pembangunan dihantar kepada Kementerian sebelum 10 haribulan berikutnya setiap bulan

8

Melaksanakan verifikasi aset di setiap Pusat Tanggungjawab setiap dua(2) tahun sekali

9

Memastikan penyata kewangan Universiti dihantar kepada Jabatan Audit Negara sebelum 30 April tahun berikutnya

10

Memastikan stok di Stor Pusat sentiasa mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan
  • Last Modified: Thursday 29 July 2021, 12:23:36.
Kembali ke atas

© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM ® 2020. All Rights Reserved. Best viewed with any modern web browsers with resolution of 1280x1024. This website is bound by the Copyright Notice mentioned.