PEJABAT BENDAHARI
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI
TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.(PB)10.12/03.Jld.2(56)������ ������������������������������� ��������������� ��������������� Tarikh:
15 Oktober 2001
SURAT PEKELILING BENDAHARI
BILANGAN�� 1/ 2001
Semua
Pengurus Bahagian
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Saudara,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara
diatas.
Sukacita dimaklumkan bahawa agihan peruntukan tahun
2001 telah diibuat� pada bulan Januari
2001 untuk semua Pusat Tanggongjawab untuk digunakan dalam tahun 2001 ini.
Sehubungan dengan itu juga pihak saudara adalah
diingatkan supaya dapat membelanjakan peruntukan tersebut dengan
sebaik-baiknya.
Pihak Kementerian Pendidikan telah memaklumkan
bahawa semua peruntukan yang diberi hendaklah dibelanjakan mengikut perancangan
yang telah dibuat.� Sekiranya peruntukan
tidak dapat dibelanjakan (di peringkat baucer bayaran) sehingga akhir tahun ia
akan ditarik balik.
Pejabat Bendahari telah menetapkan bahawa semua
peruntukan yang tidak dikomit di peringkat permohonan/tender (sekiranya ia
melibatkan bekalan/perkhidmatan/kerja-kerja) sebelum 19 hb Oktober 2001 akan
ditarik balik dan diagihkan semula kepada semua Pusat Tanggongjawab yang lebih
memerlukannya.
Sehubungan itu, pihak saudara perlu membuat tindakan
susulan kepada perkara-perkara berikut:
1.
Memberikan
maklumat lanjut mengenai baki kedudukan peruntukan dan perbelanjaan semua
Pusat Tanggongjawab saudara sehingga 15 Oktober 2001
2.
Mendapatkan
maklumat Bahagian-Bahagian yang berkaitan dengan pelaksanaan projek seperti
Pejabat Pembangunan & Pengurusan Hartabina dan Bahagian Perolehan Pejabat
Bendahari untuk mengetahui status kemajuan tender/projek.
3.
Menyerahkan balik baki peruntukan yang tidak dapat dihabiskan sehingga
akhir tahun 2001
4.
Maklumat
dibahagian 1 & 3 hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Bendahari pada
atau sebelum 24 Oktober 2001.
5.
Pekeliling
ini adalah berkuatkuasa pada tarikh ia diedarkan.
Kerjasama
dan perhatian saudara mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian , terima kasih. Wassalam.
Yang Benar.
Pemangku Bendahari
Samb. 6007
s.k.��������� 1.��������������� Yang Berbahagia Rektor, KUiTTHO
2.
Timbalan
Rektor (HEP)
3.
Timbalan
Rektor (Akademik)
4.
Pendaftar
5.
Audit Dalam