PEJABAT BENDAHARI
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
KUiTTHO.PB/10.12/04( 19 )������������������������������������������������� ����� Tarikh:
PEKELILING BENDAHARI BIL. 11/2003
Semua Pengurus Bahagian
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Y. Bhg. Dato�/Prof./Tuan /Puan
GARIS PANDUAN KADAR JAMUAN URUSAN RASMI, MESYUARAT ,
KURSUS, SEMINAR ATAU BENGKEL PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)/UNIVERSITI
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan dan garis panduan kadar jamuan urusan mesyuarat, kursus dan seminar anjuran Pusat Tanggungjawab dan Universiti.
1.0
LATAR
BELAKANG
�����������
1.1 Pekeliling ini menyediakan satu garis panduan tentang kadar jamuan yang standard untuk diterimapakai oleh� Pusat Tanggungjawab.
1.2 Kadar jamuan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 10/2003 bertarikh 7 Oktober 2003.
�
2.0
GARIS
PANDUAN KADAR JAMUAN URUSAN MESYUARAT
2.1
JAMUAN UNTUK
MESYUARAT DI PUSAT TANGGUNGJAWAB (FAKULTI/PUSAT/BAHAGIAN)
2.1.1 Mesyuarat waktu pagi
a. Mesyuarat di peringkat Universiti/Pusat Tanggungjawab melibatkan jemputan luar
Kadar : Tidak melebihi RM 2.00/seorang
b. Mesyuarat di peringkat Pusat Tanggungjawab melibatkan staf sahaja.
Kadar : Tidak melebihi RM 2.00/seorang
2.1.2 Mesyuarat waktu petang
a. Mesyuarat di peringkat Universiti/Pusat Tanggungjawab melibatkan jemputan luar.
Kadar : Tidak melebihi RM 2.00/seorang
b. Mesyuarat di peringkat Pusat Tanggungjawab melibatkan staf sahaja.
Kadar : Tidak melebihi RM 2.00/seorang
2.1.3��� Jamuan Makan Tengahari
a. Melibatkan jemputan luar bagi mengahdiri mesyuarat di peringkat Pusat Tanggungjawab.
Kadar : Tidak Melebihi RM 8.00/seorang
b. Tetamu Universiti/ Pensyarah Jemputan/ Penceramah Jemputan/ Professor Pelawat atau Tetamu Fakulti/Pusat/Bahagian :-
Kadar : Tidak melebihi RM 15.00/seorang
Nisbah yang dicadangkan bagi meraikan jemputan:
���� 1 tetamu����������������� :���������� 3 kakitangan Fakulti/Bahagian
����� ���� 2 tetamu����������������� :���������� 5 kakitangan Fakulti/Bahagian
����� ���� 3 atau 4 tetamu������� :���������� 6 kakitangan Fakulti/Bahagian
����� ���� 5 atau lebih tetamu�� :���������� 10 (maksimum)
c. Kakitangan peringkat Pusat Tanggungjawab (Mengikut keperluan dan kelulusan sahaja)
Kadar : Tidak melebihi RM 8.00/seorang
2.1.4 Mesyuarat waktu malam
a. Mesyuarat diperingkat Pusat Tanggungjawab:-
Kadar : Tidak melebihi RM 8.00/seorang tertakluk
kepada keperluan dan kelulusan.
(Melibatkan mesyuarat yang dijalankan dari waktu petang dan berlanjutan sehingga waktu tengah malam)
**NOTA
*Perlu dilampirkan senarai kehadiran pegawai-pegawai yang terlibat semasa mengemukakan invois/bil untuk pembayaran
*Segala pembayaran hendaklah disertakan dengan salinan borang tempahan jamuan bagi perolehan
kurang RM1,000.00. Jika perolehan melebihi RM1,000.00 hendaklah menggunakan Pesanan Tempatan (LO).
2.2������ GARIS PANDUAN KADAR JAMUAN KURSUS,
BENGKEL ATAU SEMINAR YANG DIADAKAN DI DALAM KAMPUS DAN DIBIAYAI OLEH PERUNTUKAN
MENGURUS PUSAT TANGGUNGJAWAB DAN VOT TABUNG.
2.2.1 Jamuan pagi kursus induksi atau kursus lain untuk staf
a. Sarapan Pagi
Kadar : Tidak melebihi RM 2.00/seorang (7.00 � 8.00 pagi)
b.�� Jamuan pagi�Refreshment�
Kadar : Tidak melebih RM 2.00/seorang�
( 9.00- 11.00 pagi)
2.2.2 Jamuan pagi Seminar yang melibatkan peserta luar
Kadar : Tidak melebihi RM 2.00/seorang
2.2.3 Jamuan makan tengahari
a. Kursus Induksi atau kursus lain untuk staf
Kadar : Tidak melebihi RM 8.00/seorang
b. Seminar yang melibatkan peserta luar
Kadar : Tidak melebihi RM 8.00/seorang
2.2.4 Jamuan minum petang
a. Kursus Induksi/Seminar/Bengkel untuk staf Universiti
Kadar : Tidak melebihi RM 2.00/seorang
b. Kursus/Seminat/Bengkel melibatkan peserta luar
Kadar : Tidak melebihi RM 2.00/seorang
2.2.5 Jamuan makan malam
a. Kursus Induksi atau kursus lain untuk kakitangan
Kadar : Tidak melebihi RM 8.00/seorang
b. Seminar yang melibatkan peserta luar
Kadar : Tidak melebihi RM 8.00/seorang
2.3
GARIS
PANDUAN KADAR JAMUAN SAMBUTAN HARI KUALITI
2.3.1 Kadar jamuan tidak melebihi RM 8.00 seorang seperti yang ditetapkan di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1994. (Sila Rujuk Lampiran )
2.4
GARIS
PANDUAN KADAR JAMUAN MELIBATKAN JEMPUTAN ORANG KENAMAAN
2.4.1 Secara umumnya universiti tidak mempunyai kadar jamuan yang khusus apabila melibatkan jemputan orang kenamaan. Orang Kenamaan yang dimaksudkan ialah Kerabat Diraja dan Pemimpin-Pemimpin Tinggi Kerajaan.
2.4.2 Kadar jamuan yang dicadangkan berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/1993 dengan pindaan� (sila rujuk lampiran A)
2.5������ GARIS PANDUAN MERAIKAN TETAMU OLEH
PEGAWAI EKSEKUTIF
2.5.1 Pegawai Eksekutif yang meraikan tetamu tidak ditetapkan had tertentu tetapi hendaklah pada kadar yang berpatutan dan bersesuaian mengikut taraf tetamu yang diraikan.
���
3.0
TINDAKAN
SEKIRANYA GARIS PANDUAN TIDAK DIPATUHI.
3.1 Sekiranya Pusat Tanggungjawab membuat tempahan jamuan melebihi kadar yang telah ditetapkan, Pejabat Bendahari akan membuat bayaran sepenuhnya kepada pembekal. Namun lebihan bayaran perlu ditanggung oleh Pengurus Bahagian atau Pegawai yang meluluskan tempahan. Bayaran dibuat secara tunai atau melalui potongan gaji pegawai berkenaan.
KUATKUASA PEKELILING
Pekeliling ini berkuatkuasa pada tarikh ianya dikeluarkan.
Kerjasama dan perhatian Y. Bhg. Dato�/Prof./Tuan/Puan adalah diharapkan agar dapat memanjangkannya kepada staf di bahagian tuan.
Sekian terima kasih.
�BERKHIDMAT UNTUK NEGARA�
Yang benar
ABU BAKAR BIN HUSSAIN
Bendahari
'6007
����������� s.k������� -���������� Y. Bhg. Rektor
����������������������� -���������� Y. Bhg. Timbalan Rektor (HEP)
����������� -���������� Y. Bhg. Dato� Timbalan Rektor (Akademik)
����������� -���������� Pendaftar
����������� -���������� Ketua Unit Audit Dalam
JADUAL KADAR JAMUAN
AKTIVITI |
MESYUARAT |
KURSUS |
||
Peringkat PTJ RM |
Jemputan Luar/Tetamu Universiti RM |
Peringkat PTJ RM |
Peserta Luar RM |
|
Sarapan Pagi Minum Pagi |
- 2.00 |
- 2.00 |
2.00 2.00 |
- 2.00 |
Tengahari |
8.00 |
8.00/15.00 |
8.00 |
8.00 |
Petang |
2.00 |
2.00 |
2.00 |
2.00 |
Malam** |
8.00 |
8.00 |
8.00 |
8.00 |
** Jamuan makan malam� bagi mesyuarat yang dibenarkan adalah melibatkan mesyuarat yang dijalankan dari waktu petang sehingga berlanjutan ke waktu tengah malam.