KOLEJ
UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
�KUiTTHO.(PB)10.12/03.Jld.2(47)������������������ ����������� ���������������������������������������� 26hb Mei 2001
PEKELILING
BENDAHARI BIL.4/2001
Semua Dekan/Ketua
Jabatan/Pengarah
Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
PINDAAN HAD NILAI PEROLEHAN
(Para 2.1.5 Pekeliling Bendahari UTM Bil. 2/2000)
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kementerian
Kewangan telah menaikkan had nilai perolehan sebutharga/tender berdasarkan
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/2001.�
Pihak Universiti telah bersetuju untuk menerimapakai peraturan tersebut
mengikut kaedah perolehan seperti berikut:-
A.� SEBUTHARGA
����� Perolehan Bekalan/Perkhidmatan
����������������������������������
Nilai |
Kaedah Perolehan |
1.� Tidak
lebih RM10,000 |
Pembelian terus dari pembekal sama ada berdaftar
atau tidak tetapi harga berpatutan |
2.�
RM10,000 hingga RM50,000 |
Sebutharga daripada sekurang-kurangnya 3 syarikat
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera |
3. RM50,001 hingga RM100,000 |
Sebutharga daripada sekurang-kurangnya 5 syarikat
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan bertaraf Bumiputera |
4. RM100,001 hingga RM200,000 |
Sebutharga daripada sekurang-kurangnya 5 syarikat
yang berdaftar dengan Kementerian������������������� �����������������������������Kewangan. Format Sebutharga
hendaklah mengikut tender dan sebelum sebutharga dikeluarkan perlu mendapat
kelulusan Bendahari. |
�������������������������
Nilai |
Kaedah Perolehan |
1. Tidak lebih RM20,000 |
Lantikan terus di kalangan kontraktor Kelas F yang
berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor |
2.�
RM20,000 hingga RM100,000 |
Jadual Kerja Harga Kejuruteraan Awam |
Pemilihan dibuat secara pusingan/undian/sebutharga
di kalangan kontraktor Kelas F di daerah terdekat dan berdaftar dengan Pusat
Khidmat Kontraktor. |
|
3. RM20,000 hingga RM200,000 |
Tiada dalam Jadual Kerja Harga Kejuruteraan Awam |
Dipanggil sebutharga di kalangan kontraktor di
daerah terdekat, berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor |
|
4. RM50,000 hingga RM200,000 |
Kerja-kerja bukan requisition hendaklah dipelawa
secara sebutharga |
B.� PEROLEHAN TENDER
Tender hendaklah dipelawa bagi semua perolehan
bekalan, perkhidmatan dan kerja yang dianggarkan melebihi RM200,000.00 setahun.
Jabatan adalah dilarang memecahkecilkan perolehan
bagi mengelakkan perolehan secara tender.�
Tindakan surcaj boleh diambil ke atas Pegawai yang bertanggungjawab
sekiranya didapati perolehan telah dipecahkecilkan semata-mata untuk
mengelakkan pelawaan tender.
Semua permohonan pembelian terus hendaklah dibuat
melalui kepada Pejabat Bendahari. Jabatan tidak dibenarkan membuat
permohonan� terus kepada Kementerian
Kewangan.
Jabatan adalah diingatkan bahawa penentuan
spesifikasi tidak boleh menjurus kepada sesuatu jenama atau buatan (model).
Sekiranya ini tidak dapat dielakkan, ungkapan atau persamaan hendaklah
digunakan. Juga panggilan sebutharga kepada syarikat-syarikat hendaklah dibuat
secara �rotational� dan tidak ditumpu kepada beberapa syarikat yang sama
sahaja.
C.� KUATKUASA DAN PEMBATALAN
Dengan keluarnya pekeliling ini maka had nilai
perolehan seperti di para 2.1.5 di dalam Pekeliling Bendahari UTM Bil. 2/2000
dibatalkan.
Peraturan ini berkuatkuasa mulai tarikh pekeliling
ini dikeluarkan.
Sukacita sekiranya Dekan/Ketua Jabatan/Pengarah
dapat menyampaikan maklumat ini kepada semua kakitangan yang berkaitan.
Terima kasih.
Yang benar
HJ. ABU BAKAR
BIN HUSSAIN
Bendahari
b/p Rektor
s.k |
- |
Rektor |
|
- |
Timbalan Rektor (HEP & P) |
|
- |
Timbalan Rektor (Akademik) |
�