KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

PEJABAT BENDAHARI

 


KUiTTHO.(PB)10.12/03.Jld.2( 97 )�������������������������������������������������������������������� Tarikh: 16November 2001

 

PEKELILING BENDAHARI BIL. 13/2001

 

 

Semua Pengurus Bahagian

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Assalamualaikum Wr. Wb.,

 

Saudara,

 

PENERANGAN TATACARA PENERIMAAN HADIAH / DERMA DI KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

 

1.0                Pengenalan

 

Tujuan pekeliling ini adalah untuk menerangkan tatacara Penerimaan Hadiah sebagai panduan semua PTJ berdasarkan kelulusan Pihak Berkuasa Universiti.

 

2.0                Latar Belakang Penerimaan Hadiah/Derma

 

Walaupun Lembaga Pengarah Universiti mempunyai kuasa menerima hadiah tetapi penurunan kuasa hanya dibenarkan melalui surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1986, dari segi amalannya pengurusan penerimaan hadiah didapati kurang teratur kerana ketiadaan peraturan dan had-had kuasa yang ditetapkan oleh Universiti.

 

3.0                Tatacara Penerimaan Hadiah KUiTTHO.

 

3.1                 Kuasa penerimaan hadiah Universiti adalah seperti berikut:-

 

a)

Timbalan Rektor (HEP)

-

Bagi sumbangan atau hadiah keseluruhan tidak melebihi RM50,000.00

 

b)

Rektor

-

Sumbangan atau hadiah keseluruhan di antara RM50,000.00- RM200,000.00

 

c)

Lembaga Pengarah Universiti

-

Sumbangan atau hadiah melebihi RM200,000.00

 

3.2                 Hadiah meliputi wang dalam bentuk cek, wang pos atau seumpama, barangan, peralatan dan perkhidmatan.

 

3.3                 Penerimaan Hadiah dalam bentuk wang tunai tidak dibenarkan.

 

3.4                 Penerima Hadiah/Ketua Pusat Tanggungjawab perlu terlebih dahulu memohon kelulusan penerimaan hadiah atau derma dari pihak berkuasa Universiti sebelum sesuatu hadiah diterima atau dipohon. Ini bermakna, bagi setiap program (rasmi atau tidak rasmi) yang melibatkan tajaan daripada pihak luar, permohonan berkenaan perlu dikemukakan kepada pihak Pengurusan Universiti untuk kelulusan dengan menyertakan kertas kerja.

 

3.5                Permohonan kepada pihak berkuasa berkenaan perlu lengkap termasuk maklumat mengenai kegunaan/kepentingan hadiah secara terperinci beserta nilai (RM) dan surat dari penderma jika ada dan disalinkan kepada Bendahari. Kos peralatan bagi setiap unit perlu disokong dengan pengesahan/inbois dari penderma atau pihak lain yang boleh memberikan penilaian sewajarnya.

 

3.6                 Permohonan untuk menjemput syarikat bagi penyerahan hadiah dibenarkan bagi aktiviti yang diluluskan oleh pihak berkuasa Universiti sahaja.

 

3.7                Tindakan setelah hadiah diterima.

 

3.7.1           Hadiah dalam bentuk wang

 

a)                   Penerima hadiah/jawatankuasa kecil berkenaan boleh menyimpan hadiah berbentuk wang dan menggunakannya seperti mana diluluskan.

 

b)                   Laporan terakhir pengurusan hadiah perlu disediakan dan dikemukakan kepada pihak berkuasa berkenaan (rujuk para 3.1) setelah pengurusan sesuatu aktiviti selesai atau sebelum akhir tahun kewangan.

 

c)                   Penerimaan wang untuk aktiviti di peringkat Universiti sahaja diakaunkan dalam akaun amanah.

 

3.7.2           Hadiah dalam bentuk Harta Tetap

 

Setelah kelulusan diperolehi (rujuk Para 3.1) dan peralatan diterima Fakulti/Bahagian perlu menyediakan Daftar Harta Tetap (KEW.312) bersama dokumen sokongan dan mengemukakannya kepada Pejabat Bendahari.

 

3.8                Lain-lain Syarat dan Peraturan Penerimaan Hadiah :-

 

3.8.1            Hadiah-hadiah yang diterima hendaklah diberikan oleh penderma secara percuma tanpa sebarang syarat dan ikatan.

 

3.8.2            Permohonan mendapatkan hadiah hanya dibenarkan bagi program di peringkat Universiti atau yang dibenarkan secara khusus oleh pihak berkuasa.

 

3.8.3            Hendaklah dipastikan barang-barang atau peralatan yang dihadiahkan adalah berkeadaan baik dan boleh dimanfaatkan.

 

3.8.4            Sesuatu hadiah/sumbangan yang diberikan oleh penderma hendaklah secara sukarela.

 

3.8.5            Penerimaan sesuatu hadiah itu tidak akan menyebabkan pengujudan jawatan baru bagi pengendaliannya.

 

3.8.6            Peruntukan Universiti adalah mencukupi bagi membiayai penyelenggaraan hadiah yang diterima.

 

3.8.7            Rektor/Pegawai Yang Bertanggungjawab perlu mempastikan hadiah yang diterima digunakan mengikut apa yang dihasratkan oleh penderma.

 

3.8.8            Semua penerimaan hadiah perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa Universiti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4.0                Pembatalan

4.1���������� Pekeliling Bendahari(UTM) Bil.4/1998 mengenai Tatacara Penerimaan Hadiah dan adalah dengan ini dibatalkan.

 

5.0                Kuatkuasa Pekeliling

 

5.1���������� Semua Ketua PTJ dan pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk menguruskan perolehan di PTJ dikehendaki mematuhi sepenuhnya tatacara perolehan ini. Jika terdapat pelanggaran peraturan atau kecuaian pihak bertanggungjawab akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib Universiti untuktindakan surcharge.

 

5.2���������� Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

 

 

Sekian , terima kasih. Wassalam.

 

�BERKHIDMAT UNTUK NEGARA�

 

Yang Benar.

 

 

 

ABU BAKAR BIN HUSSAIN

Bendahari

Kolej Universiti Teknologi Tun Husssein Onn

 

 

 

s.k.

i)

Rektor

 

ii)

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar

 

iii)

Timbalan Rektor Akademik

 

iv)

Pendaftar

 

v)

Ketua Audit Dalam