TUNTUTAN DAN PENDAHULUAN |
|
Soalan 1 : Berapa lamakah tempoh bagi proses pembayaran tuntutan staf dibuat? |
Jawapan : Proses pembayaran tuntutan perjalanan staf akan dibayar dalam tempoh 14 hari setelah semua dokumen lengkap diterima di Pejabat Bendahari |
|
Soalan 2 : Apakah perkara yang perlu saya pastikan sebelum borang tuntutan perjalanan dikemukakan ke Pejabat Bendahari? |
Jawapan : Pemohon perlu memastikan semua dokumen (senarai semak Borang tuntutan perjalanan staf BEN/UPY/004) dilengkapkan dan disahkan sebelum permohonan dibuat. |
|
Soalan 3 : Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa permohonan tuntutan saya telahpun dibayar? |
Jawapan : Setiap pemohon akan menerima notifikasi melalui email setelah pembayaran dilaksanakan. Staf juga boleh membuat pertanyaan dengan menghubungi terus Unit tuntutan dan Pendahuluan, Pejabat Bendahari |
|
Soalan 4 : Bagaimana Pejabat Bendahari mengukur jarak sebenar didalam membuat pembayaran semula elaun perbatuan |
Jawapan : Bayaran tuntutan perbatuan dibayar berdasarkan jarak terdekat diantara satu tempat ke satu tempat(jarak disemak menggunakan Google map). Ini adalah bersesuaian dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 tahun 2003. |
|
|
PINJAMAN KENDERAAN |
|
Soalan 1 : Apakah perbezaan antara Skim Al-Bai Bithaman Ajil dengan Konvensional? |
Jawapan |
: |
i. |
Insuran kenderaan untuk Skim AL-Bai Bithaman Ajil mestilah menggunakan insuran secara Islam (takaful) manakala konvesional boleh menggunakan lain-lain insuran. |
|
|
ii. |
Bayaran setem untuk pinjaman bagi Skim Al-Bai Bithaman Ajil ialah RM10.00 di muka surat pertama dan RM10.00 dibahagian penjamin manakala Skim Konvesional pula ialah RM2.50 bagi tiap-tiap RM500.00 di muka surat pertama dan RM10.00 dibahagian penjamin. |
|
|
Soalan 2 : Berapakah jumlah amaun pinjaman kenderaan bagi kelayakan Gred 40 ke bawah dan Gred 41 hingga 52? |
Jawapan |
: |
i. |
Gred 40 ke bawah (RM65,000.00) |
|
|
ii. |
Kelulusan khas bagi gaji RM1,000.00 ke bawah |
|
|
iii. |
Gred 41 hingga 52 (RM75,000.00) |
|
|
Soalan 3 : Apakah peraturan selepas pinjaman diluluskan? |
Jawapan |
: |
i. |
Cek bayaran akan dikeluarkan di atas nama syarikat penjual. |
|
|
ii. |
Resit inbois bayaran bagi kenderaan yang dibeli hendaklah diserahkan kepada Pejabat Bendahari dalam tempoh 30 hari selepas cek bayaran di buat. |
|
|
iii. |
Sekiranya gagal(ii), pembiayaan tersebut di anggap terbatal dan staf mesti mengembalikan kesemua jumlah pembiayaan dan amaun keuntungan 10% sekaligus. Gaji dan elaun-elaun staf berkenaan akan di tahan sehingga kesemua jumlah pembiayaan dan keuntungan dijelaskan. |
|
|
iv. |
Jika pembiayaan kenderaan terbatal atas sebab pilihan sendiri atau selain daripada yang disebut, staf diminta membayar balik harga kenderaan yang diluluskan dengan sekaligus. Gaji serta elaun-elaun ditahan sehinggalah kesemua jumlah pembiayaan dan keuntungan di bayar sekaligus. |
|
|
|
PINJAMAN KOMPUTER |
|
Soalan 1 : Berapakah kelayakan pinjaman komputer yang diluluskan jika harga komputer yang dijual berjumlah RM4,950.00? |
Jawapan : RM4,900.00 iaitu jumlah pimjaman wang yang diluluskan hendaklah dibundarkan kepada angka ratusan ringgit yang terendah walaupun kelayakan maksimum peminjam ialah RM5,000.00 |
|
Soalan2 : Berapa tahunkah kelayakan maksimum bagi pinjaman komputer? |
Jawapan : 4 tahun (48 bulan) |
|
Soalan 3 : Adakah layak bagi staf yang bertaraf sementara dan sambilan untuk membuat pinjaman komputer? |
Jawapan : Staf yang bertaraf sementara dan sambilan tidak layak untuk dipertimbangkan. |
|
|
ASET |
|
Soalan 1 : Apakah prosedur penerimaan aset/inventori? |
Jawapan |
: |
i. |
Semak butiran dalam dokumen yang sah untuk memastikan aset yang diterima betul. |
|
|
ii. |
Aset hendaklah dikira, diperiksa, diukur, ditimbang & diuji.
|
|
|
iii. |
Jika tidak boleh sahkan serta merta, dokumen hendaklah dicatat 'Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau di uji' |
|
|
iv. |
Sediakan Borang Laporan Peneriman Aset Alih Universiti KEW.PA-1 jika ada perselisihan. |
|
|
v. |
Borang KEW.PA-1 disahkan & ditandatangani oleh pegawai bertanggungjawab dan dihantar semula serta merta kepada pembekal. |
|
|
vi. |
Pastikan terdapat Surat Jaminan daripada pembekal. |
|
|
vii. |
Pastikan ada Manual Penggunaan & Penyelenggaraan.(jika ada) |
|
|
Soalan 2 : Adakah pergerakan aset/inventori perlu direkodkan? |
Jawapan : Ya, pergerakan aset bagi tujuan pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod pada Buku Daftar Pergerakan Harta Modal/Inventori KEW.PA-6. Ini adalah untuk memastikan lokasi semasa aset tersebut berada. |
|
Soalan 3 : Apakah yang perlu dilakukan jika ada kerosakan aset? |
Jawapan : Pegawai yang bertanggungjawab perlu melaporkan kerosakan dengan mengisi borang KEW . PA-9. |
|
ZAKAT PENDAPATAN DAN POTONGAN CUKAI BULANAN |
|
Soalan 1 : Apakah yang dinamakan sebagai zakat pendapatan ? |