Cetak

Syarikat

Written by Webadmin.

Soalan 1 : Bagaimanakah semakan status pembayaran boleh dilakukan ?
Jawapan : Sila lawati laman web berikut http://bendahari.uthm.edu.my dan seterusnya klik 'Pertanyaan Pembayaran Pembekal' di bawah kategori Aplikasi Online atau hubungi terus Pejabat Bendahari.
 
Soalan 2 : Berapa lamakah masa yang diambil untuk memproses bayaran bagi tuntutan bil pembekal/syarikat?
Jawapan : Pembayaran perlu dilaksanakan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen yang lengkap diterima dan telah diperakui oleh Pusat Tanggungjawab yang melaksanakan pembelian atau perolehan.
 
Soalan 3 : Bolehkah pembayaran dibayar atas nama individu sekiranya syarikat yang digunakan tidak mempunyai akaun bank?
Jawapan : Tidak, sekiranya nama syarikat tersebut tidak didaftarkan dan bayaran hanya boleh dilaksanakan di mana pemilik perlu melampirkan lesen perniagaan yang tertera nama pemilik syarikat tersebut.
 
Soalan 4 : Bagaimanakah cara menjadi pembekal yang berdaftar di UTHM?
Jawapan : Pembekal atau syarikat perlu melengkapkan Borang Pendaftaran Syarikat yang boleh dicapai di Laman Web Pejabat Bendahari, sila klik . Borang Pendaftaran ini dan salinan-salinan sijil berkaitan perlu dihantar ke Unit Perolehan , Pejabat Bendahari untuk pengesahan dan pengaktifan sebagai pembekal di UTHM.
 
Soalan 5 : Berapakah bayaran pendaftaran yang dikenakan oleh UTHM?
Jawapan : Pendaftaran syarikat adalah percuma.
 
Soalan 6 : Bagaimanakah cara mendapatkan maklumat tawaran sebutharga atau tender yang dikeluarkan oleh UTHM?
Jawapan : Pembekal boleh mendapatkan maklumat tersebut di Papan Kenyataan di Pejabat Bendahari atau melayari Laman Web Pejabat Bendahari.
 
Soalan 7 : Bolehkah saya membuat bayaran dengan menggunakan wang asing?
Jawapan : Tidak. Ini kerana urusan di kaunter hanya boleh menerima Ringgit Malaysia sahaja.
 
Soalan 8 : Bagaimana saya hendak mendapatkan semula lebihan bayaran yang telah dilakukan?
Jawapan : Lebihan bayaran boleh didapatkan semula dengan menulis surat rasmi terus kepada Unit Hasil, Terimaan dan Pelaburan untuk mendapatkan kembali lebihan bayaran tersebut.
 
 
 
 

Kategori Soalan Lazim

E-Payment

Capaian Dalaman

Aplikasi Online

Pertanyaan pembayaran pembekal
Semakan hutang pelanggan
 
 
PENGIRAAN ANSURAN BULANAN PINJAMAN KENDERAAN, KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR
<< Klik untuk membuat pengiraan>>
 
 
SENARAI KATERER SEKITAR PARIT RAJA DAN BATU PAHAT UNTUK PEMBEKAL JAMUAN DI DALAM UTHM
<< Klik untuk melihat senarai>>
 
 
Perolehan
My-Procurement
(Sila buka link ini menggunakan Internet Explorer sahaja!)