Cetak

Pelajar

Written by Webadmin.

Soalan 1 : Bagaimana cara untuk menyemak kadar yuran pengajian pelajar?
Jawapan : Pelajar boleh menyemak kadar dan jenis yuran pengajian di laman web Pejabat Bendahari.
 
Soalan 2 : Bilakah tarikh akhir yuran pengajian perlu dijelaskan oleh pelajar ?
Jawapan : Pelajar diwajibkan menjelaskan semua bayaran yuran dalam tempoh tiga minggu selepas semester bermula kecuali pelajar yang mempunyai penaja.
 
Soalan 3 : Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk membayar yuran pengajian ?
Jawapan : Pembayaran yuran boleh dilakukan menggunakan kaedah-kaedah berikut:-
i. Kad Debit atau tunai di kaunter Pejabat Bendahari
ii. Bank Draf / Kiriman Wang atas nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
iii. Slip Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk pendaftaran pelajar baru sahaja
iv. Menggunakan kad kredit dan FPX melalui portal Pejabat Bendahari(dijangka diimplementasi pada bulan September 2012)
 
Soalan 4 : Apakah tindakan yang dikenakan ke atas pelajar sekiranya tidak menjelaskan yuran pengajian dalam tempoh yang ditetapkan?
Jawapan : Sekiranya pelajar mempunyai tunggakan yuran, pelajar boleh dikenakan tindakan berikut:
i. Subjek untuk semester semasa akan digugurkan
ii. Keputusan peperiksaan semester semasa akan disekat
iii. Ditahan daripada membuat pra-pendaftaran semester akan datang
iv. Ditahan daripada membuat pendaftaran subjek semester akan datang.
 
Soalan 5 : Jika saya menangguhkan pengajian, bolehkah saya menuntut kembali yuran pengajian yang telah dibayar?
Jawapan : Pelajar yang diberi kelulusan menangguh pengajian selepas tamat cuti pertengahan semester dikehendaki membayar yuran sepenuhnya manakala pengecualian separuh yuran pelajaran diberikan sekiranya pelajar diluluskan menangguh pengajian sebelum cuti pertengahan semester berakhir. Yuran perkhidmatan perlu diselesaikan sepenuhnya.
 
Soalan 6 : Saya adalah pelajar baru dan ingin menarik diri daripada pengajian kerana mendapat tawaran daripada IPT lain. Adakah saya boleh menuntut kembali yuran pegajian yang telah dibayar?
Jawapan : Pelajar baru yang menarik diri dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran layak menuntut yuran pengajian kecuali yuran pendaftaran, yuran minggu haluan siswa serta yuran asrama mengikut bilangan hari menginap.
 
Soalan 7 : Adakah pelajar kanan layak mendapat semula yuran pengajian yang telah dibayar?
Jawapan : Tidak layak.
 
Soalan 8 : Saya ingin mengeluarkan caruman KWSP untuk tujuan pembayaran yuran. Bagaimanakah caranya?
Jawapan : Pelajar perlu mendapatkan borang pengeluaran caruman KWSP di pejabat KWSP. Pejabat Bendahari akan mengeluarkan surat pengesahan mengenai jumlah yuran yang perlu dibayar untuk dikemukakan kepada pejabat KWSP.
 

Kategori Soalan Lazim