Cetak

Staf

Written by Webadmin.

TUNTUTAN DAN PENDAHULUAN
 
Soalan 1 : Berapa lamakah tempoh bagi proses pembayaran tuntutan staf dibuat?
Jawapan : Proses pembayaran tuntutan perjalanan staf akan dibayar dalam tempoh 14 hari setelah semua dokumen lengkap diterima di Pejabat Bendahari
 
Soalan 2 : Apakah perkara yang perlu saya pastikan sebelum borang tuntutan perjalanan dikemukakan ke Pejabat Bendahari?
Jawapan : Pemohon perlu memastikan semua dokumen (senarai semak Borang tuntutan perjalanan staf BEN/UPY/004) dilengkapkan dan disahkan sebelum permohonan dibuat.
 
Soalan 3 : Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa permohonan tuntutan saya telahpun dibayar?
Jawapan : Setiap pemohon akan menerima notifikasi melalui email setelah pembayaran dilaksanakan. Staf juga boleh membuat pertanyaan dengan menghubungi terus Unit tuntutan dan Pendahuluan, Pejabat Bendahari
 
Soalan 4 : Bagaimana Pejabat Bendahari mengukur jarak sebenar didalam membuat pembayaran semula elaun perbatuan
Jawapan : Bayaran tuntutan perbatuan dibayar berdasarkan jarak terdekat diantara satu tempat ke satu tempat(jarak disemak menggunakan Google map). Ini adalah bersesuaian dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 tahun 2003.
 
 
PINJAMAN KENDERAAN
 
Soalan 1 : Apakah perbezaan antara Skim Al-Bai Bithaman Ajil dengan Konvensional?
Jawapan : i. Insuran kenderaan untuk Skim AL-Bai Bithaman Ajil mestilah menggunakan insuran secara Islam (takaful) manakala konvesional boleh menggunakan lain-lain insuran.
    ii. Bayaran setem untuk pinjaman bagi Skim Al-Bai Bithaman Ajil ialah RM10.00 di muka surat pertama dan RM10.00 dibahagian penjamin manakala Skim Konvesional pula ialah RM2.50 bagi tiap-tiap RM500.00 di muka surat pertama dan RM10.00 dibahagian penjamin.
 
Soalan 2 : Berapakah jumlah amaun pinjaman kenderaan bagi kelayakan Gred 40 ke bawah dan Gred 41 hingga 52?
Jawapan : i. Gred 40 ke bawah (RM65,000.00)
    ii. Kelulusan khas bagi gaji RM1,000.00 ke bawah
    iii. Gred 41 hingga 52 (RM75,000.00)
 
Soalan 3 : Apakah peraturan selepas pinjaman diluluskan?
Jawapan : i. Cek bayaran akan dikeluarkan di atas nama syarikat penjual.
    ii. Resit inbois bayaran bagi kenderaan yang dibeli hendaklah diserahkan kepada Pejabat Bendahari dalam tempoh 30 hari selepas cek bayaran di buat.
    iii. Sekiranya gagal(ii), pembiayaan tersebut di anggap terbatal dan staf mesti mengembalikan kesemua jumlah pembiayaan dan amaun keuntungan 10% sekaligus. Gaji dan elaun-elaun staf berkenaan akan di tahan sehingga kesemua jumlah pembiayaan dan keuntungan dijelaskan.
    iv. Jika pembiayaan kenderaan terbatal atas sebab pilihan sendiri atau selain daripada yang disebut, staf diminta membayar balik harga kenderaan yang diluluskan dengan sekaligus. Gaji serta elaun-elaun ditahan sehinggalah kesemua jumlah pembiayaan dan keuntungan di bayar sekaligus.
 
 
PINJAMAN KOMPUTER
 
Soalan 1 : Berapakah kelayakan pinjaman komputer yang diluluskan jika harga komputer yang dijual berjumlah RM4,950.00?
Jawapan : RM4,900.00 iaitu jumlah pimjaman wang yang diluluskan hendaklah dibundarkan kepada angka ratusan ringgit yang terendah walaupun kelayakan maksimum peminjam ialah RM5,000.00
 
Soalan2 : Berapa tahunkah kelayakan maksimum bagi pinjaman komputer?
Jawapan : 4 tahun (48 bulan)
 
Soalan 3 : Adakah layak bagi staf yang bertaraf sementara dan sambilan untuk membuat pinjaman komputer?
Jawapan : Staf yang bertaraf sementara dan sambilan tidak layak untuk dipertimbangkan.
 
 
ASET
 
Soalan 1 : Apakah prosedur penerimaan aset/inventori?
Jawapan : i. Semak butiran dalam dokumen yang sah untuk memastikan aset yang diterima betul.
    ii.

Aset hendaklah dikira, diperiksa, diukur, ditimbang & diuji.

    iii. Jika tidak boleh sahkan serta merta, dokumen hendaklah dicatat 'Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau di uji'
    iv. Sediakan Borang Laporan Peneriman Aset Alih Universiti KEW.PA-1 jika ada perselisihan.
    v. Borang KEW.PA-1 disahkan & ditandatangani oleh pegawai bertanggungjawab dan dihantar semula serta merta kepada pembekal.
    vi. Pastikan terdapat Surat Jaminan daripada pembekal.
    vii. Pastikan ada Manual Penggunaan & Penyelenggaraan.(jika ada)
 
Soalan 2 : Adakah pergerakan aset/inventori perlu direkodkan?
Jawapan : Ya, pergerakan aset bagi tujuan pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod pada Buku Daftar Pergerakan Harta Modal/Inventori KEW.PA-6. Ini adalah untuk memastikan lokasi semasa aset tersebut berada.
 
Soalan 3 : Apakah yang perlu dilakukan jika ada kerosakan aset?
Jawapan : Pegawai yang bertanggungjawab perlu melaporkan kerosakan dengan mengisi borang KEW . PA-9.
 
ZAKAT PENDAPATAN DAN POTONGAN CUKAI BULANAN
 
Soalan 1 : Apakah yang dinamakan sebagai zakat pendapatan ?
Jawapan : i. Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan keatas semua jenis sumber pendapatan,hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan, aktiviti yang menghasilkan pendapatan bagi seseorang muslim.
    ii. Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi.
    ii. Setiap hasil atau ganjaran daripada pekerjaan atau perkhidmatan secara usaha sendiri atau daripada pihak lain. Contoh item-item yang tergolong daripada pendapatan ialah gaji, elaun, bonus, emolumen, upah, bayaran profesional, dan semua jenis penerimaan yang tidak berasaskan modal, tetapi berasaskan kerja ataupun khidmat yang diberikan.
Soalan 2 : Jika saya membayar zakat atau fitrah, bolehkah saya menuntut potongan daripada cukai yang kena bayar?
 
Jawapan : Ya, jika anda seorang muslim. Anda hendaklah mengemukakan resit asal untuk menyokong tuntutan. Resit-resit berkenaan hendaklah di atas nama pembayar cukai 
 
Soalan 3 : Apakah faedah yang saya perolehi menggunakan kemudahan pembayaran zakat melalui Potongan Gaji ?
 
Jawapan : i. Menjimatkan masa tanpa perlu hadir ke kaunter pembayaran zakat
    ii. Mendapat rebet bagi tolakan cukai pendapatan individu.
    iii. Meringankan bebanan dengan bayaran zakat secara bayaran bulanan
    iv. Mengelakkan daripada terlepas menunaikan zakat pada waktunya
Soalan 4 : Adakah dengan membayar zakat melalui Potongan Gaji secara bulanan membantu saya mengurangkan Jumlah PCB?
Jawapan : YA. Berikut adalah kaedah pengiraannya
Jawapan :    
      Contoh 1 : Gaji Bulan Januari 2018
      Potongan PCB Asal = RM 100.00
      Potongan Zakat = RM 50.00
      PCB Bulan Januari = RM 50.00
      (RM 100.00 – RM 50.00)
       
      Contoh 2 : Gaji Bulan Januari 2018
      Potongan PCB Asal = RM 50.00
      Potongan Zakat = RM 50.00
      PCB Bulan Januari = Tiada
      (RM 50.00 – RM 50.00)
Soalan 5 : Apakah tindakan yang saya perlu ambil sekiranya saya ingi melaksanakan pembayaran Zakat melalui potongan gaji?
Jawapan : i. Pembayar hendaklah mengisi Borang Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji Format B yang disediakan oleh Pentadbir Zakat dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan lengkap. (borang juga boleh diperolehi melalui Laman web MAIJ http://www.maij.gov.my atau ke kaunter Pusat Islam UTHM).
    ii. Serahkan borang yang lengkap diisi kepada majikan dan dapatkan persetujuan majikan bagi menggunakan kemudahan ini.
    iii. Bagi pembayar yang hendak membuat pembayaran tambahan, pengurangan jumlah potongan atau bertukar majikan, pembayar dikehendaki mengisi borang baru.

Kategori Soalan Lazim

Cashless Transaction

E-Payment

Capaian Dalaman

Aplikasi Online

Pertanyaan pembayaran pembekal
Semakan hutang pelanggan
 
 
PENGIRAAN ANSURAN BULANAN PINJAMAN KENDERAAN, KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR
<< Klik untuk membuat pengiraan>>
 
 
SENARAI KATERER SEKITAR PARIT RAJA DAN BATU PAHAT UNTUK PEMBEKAL JAMUAN DI DALAM UTHM
<< Klik untuk melihat senarai>>
 
 
Perolehan
My-Procurement
(Sila buka link ini menggunakan Internet Explorer sahaja!)
 
 Emeeting Pejabat Bendahari
 .
 eOffice UTHM